SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Order t-shirt pada batch kali ini akan ditutup pada 10 march 2010 . kelewatan anda membuat bayaran tidak akan dilayan. sekian terima kasih. click here
Sioloon T-shirt Anniversary menanti anda. Promosi terhangat sekarang hanya 100 helai dikeluarkan CLICK HERE
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries:
Age: 27
location: Borneo Island
Website: www.sioloon.com
Tag ID:: SFC00001
Points: 3640
Reputation: 61
Number of posts: 7328

19092007
PostUBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:


  • Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
  • Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan para bumbung.
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
  • Pemasangan sun roof diatas bumbung.
  • Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.


Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-

-Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

-Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.

-Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

-Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.

-Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.

-Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

-Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

-Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

-Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

-Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

-Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

-Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

-Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.

_________________

My Contact Number 0163399044


Last edited by on Thu Sep 20, 2007 11:29 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ :: Comments

Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Sep 20, 2007 8:52 am by andypeterh
ok thanx 4 d info..
smua tu rata2 pd bhgn luaran kan..
tp mcm mana plak dgn ubahsuai enjin yg x perlu kelulusan jpj?..
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Sep 20, 2007 9:41 am by mercizwa
andypeterh wrote:
ok thanx 4 d info..
smua tu rata2 pd bhgn luaran kan..
tp mcm mana plak dgn ubahsuai enjin yg x perlu kelulusan jpj?..


mengubahsuai warna cable plug pada enjin tidak perlukan kelulusan JPJ...ehhehe gun gun rambo
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Sep 20, 2007 11:05 am by aLFFiaN
andypeterh wrote:
ok thanx 4 d info..
smua tu rata2 pd bhgn luaran kan..
tp mcm mana plak dgn ubahsuai enjin yg x perlu kelulusan jpj?..


ubahsuai boleh dilakukan bila engin ko kena overhaul... enda perlu kelulusan JPJ. sebab semua kompenan dalam engin ko guna balik. cuma head ko mugkin kena skim.. dan mana part engin ko dah loose kena tukar tapi model yang sama juga diganti..

What a Face ni kira ubahsuai sudah .. huahuahuaa... sebab dah tak virgin!!
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Sep 20, 2007 11:18 am by Ben James
kalau mau blast engine smpai 9000rpm pastu trus kong itu pun x perlu kelulusan dari pak cik JPJ..huhuhu What a Face
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Mon Sep 24, 2007 10:40 pm by darkside
tol tu..
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Oct 23, 2007 9:29 pm by 2fast2furious
thanks for the info.... JPJ lepas la tapi "CIKGU" tak kaasi lepas oooohhh. saman ohhh
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Oct 23, 2007 10:11 pm by Yusz`
Apa2 pun semua ni undang2 manusia...hari ni lain...esok lain...huhu
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sun Dec 16, 2007 11:33 pm by one star!
klu pasang sunroof nda payah kelulusan pak JPJ ya?? Shocked
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Jan 17, 2008 8:05 am by eleanor
sokong2 butut2 semua betut2 punla loooooo
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Thu Jan 17, 2008 10:10 am by xiaomao
Pemasangan sun roof diatas bumbung.

ya kan??pasang sun roof lulus juga..??
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Fri Feb 01, 2008 3:11 pm by nexc
KALAU PASANG MICROCOMPRESSOR TU MCM MANA TU AAAA.....?????KANA SAMAN JG KAH TU????
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Fri Feb 01, 2008 3:31 pm by xiaomao
nexc wrote:
KALAU PASANG MICROCOMPRESSOR TU MCM MANA TU AAAA.....?????KANA SAMAN JG KAH TU????


tak payah...bukan ubah apa2..cuma tambah accessorie ja...
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Fri Feb 01, 2008 6:01 pm by junraz
Pemasangan sun roof diatas bumbung.------kalau tak silap sy ni yg lama..cuba cek balik yg terkini...Heee..hee..



Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-



  1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
  2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
  3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
  5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
  6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  7. Pemasangan para bumbung.
  8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
  9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
  10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.


Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-


  1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  5. Pengubahan ke atas sistem brek.
  6. Pengubahan ke atas sistem steering.
  7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  9. Penukaran enjin.
  10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Jun 17, 2008 2:18 pm by dicky
kalo myvi pakai bodypart passo kena mohon jpj kah??
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Jul 01, 2008 3:32 pm by Yakuza
tips...... yg berguna....thanksss
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sun Jul 20, 2008 4:09 pm by kelisa_hitachi
pergh...susah nye nak make up kete
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Mon Sep 08, 2008 3:12 pm by Rgentum
Bro, kalo tukar enjin diesel p petrol mcmana tu ar? Perlu puspakom ka? CC sama jga..
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Sep 09, 2008 4:35 pm by blugu
Junraz post yg terkini...

Tambahan;

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan
pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan
besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta
ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah
diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

  1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  5. Pengubahan ke atas sistem brek.
  6. Pengubahan ke atas sistem steering.
  7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  9. Penukaran enjin.
  10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

  1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan
    terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan
    langkah-langkah yang diikuti.
    Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.

  2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional
    (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa
    rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan
    adalah stabil dan selamat digunakan.

  3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.



Sebarang pengubahsuaian
yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan
kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan
dibenarkan.



Info didapati dari Portal Rasmi JPJ:
http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/Teknikal/Garis-Panduan-Mengenai-Pengubahsuaian-Kenderaan-Persendirian/Page-3.html

Sorry Guys, sun roof installation needs an approval from KL
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Wed Sep 10, 2008 12:14 pm by bDkjHt87
klu ubah brek dr drum p disc di blakg pn mo minta kelulusn gak ka...??
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sun Sep 21, 2008 10:21 am by jambory2001
kalau tukar gerbox auto pi manual amacm bro??
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sun Sep 21, 2008 10:37 am by junraz
Mmm..susah mau ckp kdg2 org2 J pun kabur2 tentang hal ni..klu kita tnya dia org suruh isi borang dulu...hikk..hikk..contohnya moonroof atau sunroof..
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sat Sep 27, 2008 9:32 pm by Huntez
Suspect klu pasang scope air di atas bumbung style sport car nda apa2 ka tu ah..kiranya telinga pada kreta la..haha
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Sun Nov 30, 2008 3:00 pm by Leader
kalo pasang spotlight tak perlu kebenaran JPJ, pasal pa pakcik baju putih saman keta yg gunakan spotlight ni, aku tak paham dan makin konfius siapa sebenarnya buat undang2, JPJ atau pakcik baju putih ni

sila beri komen dan tunjuk ajar What a Face
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Mon Feb 16, 2009 5:18 pm by wanchai
aku tau 2.. pcik baju putih 2 suka keluar time awal bulan, tgh bulan ngan ujung bln 2.. hehehe!! What a Face

thnx bro info yg bguna.. nmpknya viva mampat nih blm mlggr smbrg undang2 lg la nih.. dance
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Fri Nov 13, 2009 10:53 am by akubudak2216
antar putra jaya? kalau mhon jpj yg tedekat x buli ka? cthnya, mhon di jpj bundusan pnampang x buli ka? sori byk tnya sbb x pnah wat lg.
Re: UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Post on Tue Nov 17, 2009 9:16 pm by the BLitz
uik stering pun x blh kena ubahkah pula Suspect
bru pula aku taw ni huhu
 

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

View previous topic View next topic Back to top 

Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S ::   :: CAR PERFORMANCE :: TIPS & INFORMATION AUTOMOBILE-
Post new topic   Reply to topic