SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Order t-shirt pada batch kali ini akan ditutup pada 10 march 2010 . kelewatan anda membuat bayaran tidak akan dilayan. sekian terima kasih. click here
Sioloon T-shirt Anniversary menanti anda. Promosi terhangat sekarang hanya 100 helai dikeluarkan CLICK HERE
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 PROSEDURE TUKAR ENJIN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Adi_spark
REGULAR
REGULAR


Male
Countries:
Age: 23
location: Ampang , Kuantan,Temerloh
Tag ID:: SFC 05812
Points: 915
Reputation: 5
Number of posts: 272

08072009
PostPROSEDURE TUKAR ENJIN

prosedur:

a. sblm konbet, kene hantar
surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal (kawal selia), memohon utk
tukar engine.. 1.3 sohc ke pada engine yg diingini lah...

b. jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

c. kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d. bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e. kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

f.
bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
puspakon utk pemeriksaan"...

g. bawak kete pegi mana2 puspakom
utk test atas alat2 komputer pula, macam side slip, headlight, braking,
chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

h. kalau lulus,
sila ke jpj ke kaunter isik borang 6a kalau tak silap (lupe dah) utk
potong no. engine lama pada geran... kalau roadtax masih hidup, kene
isik borang lagi satu, utk refund balance roadtax 1.3 tuh... so
biasanye bende nih makan 3 hari utk setel.. dan dia akan suruh cabut
roadtax 1.3 asal elok2, dan bagi kat dia.... kalau roadtax dah mati,
kene tunggu dalam 30menet - 1jam je utk setelkan pemotongan no. engine
lama...

i. lepas tu pegi ke agen insuren utk buat insuren baru
(tambah dalam rm50-70 la) utk dapatkan insuren baru dengan no. engine
baru...

j. pegi balik jpj dengan insuren nih tadi utk dapatkan roadtax...


F.A.Q:

a.
sblm konbet, kene hantar surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal
(kawal selia), memohon utk tukar engine.. 1.3 sohc ke pada engine yg
diingini lah...

Soalan : Kena
bawak dokumen apa untuk memohon tukar enjin ni? SUrat kastam? Resit
beli hafkat?Mesti beli hafkat dulu ke sebelum apply surat kawal selia..


ini
bukan nak apply surat kawal selia... ini memohon nak tukar henjin je...
kire '0' lagi takde apo2... just kita bagitau "saya memiliki satria 1.3
dengan no engine 4g13p bla bla bla, dan ingin memohon untuk menukarkan
engine nya kepada 4g62 dohc atas sebab engine lama dah kong" <---
cth ayat, tak payah dokumen apo2


b. jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

Soalan
: Macamana nak tau kete kita akan lulus ke tak lulus? Takut dia lulus
tak lulus ikut mood je..Rugi je kang kalau dah bayar deposit hafkat..


dia
akan luluskan kalau permohonan kita masih dalam had yg dibenarkan, cth
yg tak dibenarkan ialah 1.3 ---> 1.8, atau cc yg melampau2, atau
jenis engine yg tak sama langsung...


c. kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d. bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e. kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

Soalan : Kalau dah conbert, dia tak luluskan macamana lak? Biasanya, apa yang menyebabkan JPJ tak luluskan di peringkat ini?

ok,
kat jpj nih, diorang test drive kete kita, make sure suspension n
braking mantap... kalau 2-2 nih ok, memang takde masalah utk lulus....


f.
bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
puspakon utk pemeriksaan"...

Soalan
: Khidmat runner boleh digunakan lagi ke? Dengarnya, sampai ke Parlimen
complaint pasal runner..Ahli parlimen bidas runner boleh potong
barisan, boleh kasi lepas apa-apa conversion..Boleh pakai runner lagi
ker? Boleh beritahu runner yang dikenali..? Mesti ko kenal, orang kuat
Front Liners mesti ada ramai contact..


tak
payah pakai runner, kalau konversion yg kita buat masih dalam had yg
dibenarkan.. save duit, cuma masa la akan rugi sket.. sbb bnyak
prosedur... runner still bleh pakai..


g. bawak
kete pegi mana2 puspakom utk test atas alat2 komputer pula, macam side
slip, headlight, braking, chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

Soalan
: Adakah surat puspakom ni laku di JPJ..? Kalau puspakom tak luluskan,
kena tukar balik enjin lama? Atau dia tak usik dah pasal enjin? Chasis
ada kaitan dengan enjin, kan? Dia usik pasal disc brake je ke, apa ke,
benda-benda kecil tu je?


dah
tentu2 surat puspakom yg jpj nih nak tengok sblm potong no. engine
lama.. make sure buat copy utk setiap result, sbb jpj akan simpan yg
ori....

kat puspakom nih, dia chek kita punye brek, suspension,
lampu tinggi, chaisis, side slip tapi semua pakai mesin, yg mase kat
(b) tu kat jpj, diorang test drive je...

kalau tak lulus kat
sinih, kita kene la repair ape yg tak lulus tuh, maybe brake ke,
henbrek ke, tak perlu tuka balik engine lama... sbb jpj putrajaya dah
kuarkan surat kawal selia... tapi kalau chasis kantoi ade potong bodi
ke, kene sita la hehehhe...


ko kene tau beza test kat jpj ngan test kat puspakom... permohonan tu pon kene tau... ringkasan:

step:
1. mohon kat putrajaya nak tuka henjin

2. kalau putrajaya cakap boleh, baru pi carik hafkat, carik wokshop, dan buat konversion...

3.
kete dah siap konbet, bawak pegi jpj negeri, utk test drive... bawak
surat kelulusan/kebenaran dari jpj putrajaya tuh sekali...

4. kalau lulus, diorang (jpj negeri) kuarkan surat "kereta ini selamat" dan lulus...

5. bawak surat lulus daripada jpj negeri nih utk ke jpj putrajaya utk dapatkan surat kawal selia...

6. jpj putrajaya kuarkan surat kawal selia... bawak surat nih pegi puspakom pula...

7. kat puspakom, tunjukkan dia surat kawal selia (jpj putrajaya) dan buat test atas mesin...

8. kalau lulus, pegi jpj negeri bawak result, surat beli henjin apo semua utk potong no. engine...

chantek
Back to top Go down
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

PROSEDURE TUKAR ENJIN :: Comments

Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 4:22 pm by mcd_hensem
semekom and petang semua.. biasanya lau convert dr 1.3 ke 1.5 or 1.6 tiada masalah bah kan??

hppy new year 2010..
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 4:32 pm by swordfishxox
tmbhan sket pada info tuan uma...
ni berdasarkan pengalaman member aku yg convert turbo...
dia kata sblm korang pi puspakom...
pastikan korang dh tukar brake pad sama brake disc...
kalu dpt rotor disc pun bagus juga...
sbb kalu brake standard mmg xdpt tampung ngan kekuatan turbo...

p/s ~ harap info bguna pada mereka yg nk main convert2 ni...
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 4:38 pm by the BLitz
huhu...cerewet jga procedure tukar enjin ni rupanya..hu...anyway thanx 4 da information...nice info bro Smile
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 4:43 pm by swordfishxox
formula tukar enjin:

enjin covert + brake pad baru + brake disc baru = lulus puspakom...
kekekekeke
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 6:41 pm by Adi_spark
klo tuka dr 1.3 ke 1.5@1.6 xde mslh..tp ms nk endoRsed tu pastikn la thp brek korang mantap..
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Thu Dec 31, 2009 7:00 pm by Skatanix
kalau nak tukar kaler pula mcmmana bro? prosedur sama or berlainan?...

p/s:warna apa yg dibernarkan kalau boleh tukar?
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Tue Jan 05, 2010 10:04 am by napster
Adi_spark wrote:
klo tuka dr 1.3 ke 1.5@1.6 xde mslh..tp ms nk endoRsed tu pastikn la thp brek korang mantap..


suspension + spring kena tukar juga bro... suspension biasa 1.3 lembut, kalau dah pakai engine 16valve bawa 140kmh rasa kereta macam nk terbang... silap2 corner blh terbalik kete...
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Tue Jan 05, 2010 10:07 am by napster
Skatanix wrote:
kalau nak tukar kaler pula mcmmana bro? prosedur sama or berlainan?...

p/s:warna apa yg dibernarkan kalau boleh tukar?


kalau aku nda silap kena bayar rm30 utk isi borang dan tukar color dlm geran...

nda tau la skrg...

warna apa2 pun tak kesah. kalau krita tu ada bnyk color dia akan ambik color yg balik bnyk di kereta tu....

p/s: tp pacik aku tukar color merah >> hitam satu krita selamba jak, xpg jpj pun... mungkin undang2 tukar color tak terlampau ketat banding tukar engine @ chasis @ body...
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Tue Jan 05, 2010 10:17 am by bumbek
Double posting ni... pernah dibincangkan. aku tengah cari link. Harap2 yang jumpa boleh bagi link..
Re: PROSEDURE TUKAR ENJIN
Post on Tue Jan 05, 2010 10:49 am by bumbek
http://www.sioloon.com/tips-information-automobile-f76/panduan-memohon-penukaran-enjin-t3459.htm

Ni salah satu link... ada lagi satu link lain kalau tak salah... tq bro sdk
 

PROSEDURE TUKAR ENJIN

View previous topic View next topic Back to top 

Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S ::   :: CAR PERFORMANCE :: TIPS & INFORMATION AUTOMOBILE-
Post new topic   Reply to topic