SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Order t-shirt pada batch kali ini akan ditutup pada 10 march 2010 . kelewatan anda membuat bayaran tidak akan dilayan. sekian terima kasih. click here
Sioloon T-shirt Anniversary menanti anda. Promosi terhangat sekarang hanya 100 helai dikeluarkan CLICK HERE
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Lampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mnaz
REGULAR
REGULAR


Male
Countries:
Age: 26
location: tuaran-sipitang
Tag ID:: SFC 05636
Points: 1082
Reputation: 7
Number of posts: 400

04062009
PostLampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik..

SEBELUM
memulakan perjalanan, pemandu dinasihat memastikan lampu dan brek boleh
berfungsi. Lampu kenderaan sama ada depan atau belakang perlu sentiasa
berkeadaan baik bagi membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu
malam selain memudahkan pemandu kenderaan lain melihat kereta anda.

Anda
perlu faham dan sedar mengenai pentingnya semua lampu pada kenderaan
diuji dan diselenggara dengan baik. Sebelum memulakan perjalanan jauh,
anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri pada lampu kenderaan dengan
memeriksa setiap penutupnya bagi memastikan tidak berlaku keretakan
yang boleh menjejaskan pancaran lampu.

LAMPU depan
dan belakang
berkeadaan baik
akan membantu
pemandu
kenderaan
meluncur lebih
selesa pada
waktu malam.
– Gambar hiasan

Ini
kerana setiap lampu kenderaan adalah berpasangan serta mempunyai
penutup yang sama berwarna putih dan kuning. Jika satu daripada
lampunya tidak berfungsi, pasangannya turut mengalami masalah.

Selain
itu, anda juga perlu memeriksa pemantul cahaya yang biasanya bersalut
aluminium bagi mengelakkan ia tidak terguris atau berkarat. Jika ia
tercalar, seluruh pemantul perlu diganti kerana boleh menjejaskan
kuantiti pancaran.

Anda boleh membersihkan pemantul itu dengan
kain bersih, sabun dan air tetapi jangan sekali-kali gunakan penanggal
karat, penggilap atau bahan kimia lain kerana ia boleh merosakkan
salutan aluminium itu.

Untuk mengesan kerosakan lampu brek,
lampu mengundur atau lampu isyarat membelok, anda perlu memeriksa
belakang kenderaan dan minta bantuan rakan bagi menghidup enjin,
memasang suis lampu atau atau menekan brek.

Sekiranya lampu
masih menyala selepas brek dilepaskan, bermakna suis di bahagian pedal
brek anda mengalami kerosakan tetapi jika sebaliknya, periksa lampu,
pemegangnya, sambungan wayar dan fius.

Kaedah yang sama boleh
dilakukan bagi memeriksa lampu lain termasuk lampu depan, lampu isyarat
membelok dan lampu sorot. Anda boleh juga meminta bantuan mekanik atau
pusat servis untuk memeriksa lampu dan brek berkenan.

Sekiranya
lampu kenderaan berkelip-kelip, anda perlu periksa sistem pendawaian
elektrik, kedudukan lampu dan sambungannya kerana kerosakan pada
penebat wayar menyebabkan berlakunya litar pintas.

Jika satu
lampu tidak menyala, anda perlu memeriksa lampu dan kedudukan kabelnya
kerana kerosakan yang berlaku itu mungkin berpunca lampu rosak,
hubungan lampu dan kabel kurang baik atau kabel terputus.

Sekiranya
kedua-dua lampu tidak menyala, masalah itu mungkin disebabkan fius
terputus. Keluarkan fius itu daripada kotak khas dan periksalah
keadaannya. Jika fius putus atau rosak, ia perlu diganti tetapi harus
sama nilainya dengan yang asal kerana kekuatan fius boleh diketahui
melalui tulisan yang tercetak pada bekasnya.

Jika ketika itu anda tidak memiliki fius simpanan, gunakan fius dari bahagian lain yang tidak terlalu diperlukan.

Langkah mengesan kerosakan dan membaiki lampu:

1.
Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol
yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak
berfungsi atau fius putus.

2. Sekiranya hanya satu lampu brek
berfungsi, ia mungkin berpunca daripada mentol yang terbakar atau
hubungan antara lampu dan kedudukannya kurang baik.

3. Untuk
memeriksanya, anda perlu membuka penutup bahagian yang tidak menyala
dan keluarkan mentolnya. Kemudian periksa mentol berkenaan menggunakan
bateri.

4. Sekiranya selepas diuji lampu masih tidak menyala,
bermakna mentol sudah terbakar dan ganti dengan yang baru tetapi
sekiranya menyala, mungkin ia disebabkan hubungan antara mentol dan
kedudukannya tidak sempurna.

5. Sekiranya kedua-dua lampu brek
tidak menyala, besar kemungkinan ia berpunca daripada fius yang
terbakar atau berlaku kerosakan pada suis penyalaannya.

6. Jika
fius terbakar, ganti ia dengan fius baru atau gunakan fius pada
bahagian lain yang kurang diperlukan terlebih dulu tetapi jika suis
penyalaannya rosak, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk
diperiksa.
Back to top Go down
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

Lampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik.. :: Comments

No Comment.
 

Lampu dan brek perlu sentiasa dalam keadaan baik..

View previous topic View next topic Back to top 

Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S ::   :: CAR PERFORMANCE :: TIPS & INFORMATION AUTOMOBILE-
Post new topic   Reply to topic