SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Order t-shirt pada batch kali ini akan ditutup pada 10 march 2010 . kelewatan anda membuat bayaran tidak akan dilayan. sekian terima kasih. click here
Sioloon T-shirt Anniversary menanti anda. Promosi terhangat sekarang hanya 100 helai dikeluarkan CLICK HERE
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mnaz
REGULAR
REGULAR


Male
Countries:
Age: 26
location: tuaran-sipitang
Tag ID:: SFC 05636
Points: 1086
Reputation: 7
Number of posts: 400

04062009
PostCara menyimpan kereta dalam tempoh lama

ADA
ketikanya anda ada urusan di luar negara dan terpaksa meninggalkan
kereta berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Anda mungkin berasa
bimbang kereta anda rosak dan prestasi menurun kerana tidak dihidupkan
enjinnya.


Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat
pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Ada yang
jarang menggunakannya hingga diletakkan dalam garaj untuk tempoh yang
lama.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh
yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada
beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu lama sama ada
dalam masa enam bulan hinggalah setahun tanpa mengurangkan prestasinya.
Jika anda berhadapan dengan situasi itu, apa yang paling utama ialah
meletakkan kenderaan di garaj yang kering dan redup.

Selain
itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah
mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri
kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh
menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda
menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, bertujuan mengatasi masalah
wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda
menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

Titiskan
minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada
selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin
untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk
mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan
aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor.
Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang
baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak
yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk
mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual
keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen
penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain,
jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara
keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk
mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu
tempoh yang lama.
Back to top Go down
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama :: Comments

Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Thu Jun 04, 2009 7:02 pm by aint_87
hahaha..
macam klakar pun ada juak ni..
tp ni langkah penjagaan yg btl ka ar??? Suspect
Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Fri Jun 05, 2009 7:23 am by mnaz
aint_87 wrote:
hahaha..
macam klakar pun ada juak ni..
tp ni langkah penjagaan yg btl ka ar??? Suspect


ya...org yg pakar kereta(otai) yang beri kat aku nie... What a Face

tak tau la betul ke tak...aku rasa betul la...hihi
Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Fri Jun 05, 2009 8:21 am by aku_alli
boleh guna pakai ni. good info.
Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Fri Jun 05, 2009 9:03 am by aint_87
mnaz wrote:
aint_87 wrote:
hahaha..
macam klakar pun ada juak ni..
tp ni langkah penjagaan yg btl ka ar??? Suspect


ya...org yg pakar kereta(otai) yang beri kat aku nie... What a Face

tak tau la betul ke tak...aku rasa betul la...hihi



iya ba..
lau baca balik boleh pakai info ni..
hihi
Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Wed Jun 10, 2009 8:31 pm by bod_supersperm
bole pakai juga tu..tq bro..
Re: Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama
Post on Wed Jun 10, 2009 8:46 pm by zul@LA
tips yg baik untk pengguna kereta... Very Happy
 

Cara menyimpan kereta dalam tempoh lama

View previous topic View next topic Back to top 

Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S ::   :: CAR PERFORMANCE :: TIPS & INFORMATION AUTOMOBILE-
Post new topic   Reply to topic