SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Nasib malang Sufiah Yusuf

    Share
    31032008

    rynjeff
    MODERATOR

    Female
    Age: 38
    location: Sandakan
    Points: 3389
    Reputation: 3
    Number of posts: 2079

    http://i38.servimg.com/u/f3 Nasib malang Sufiah Yusuf

    Post by rynjeff

    Nasib malang Sufiah Yusuf


    WAJAH terbaru Sufiah.



    GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee.
    Menurut akhbar News of The World dalam siasatan yang dilakukan oleh seorang wartawannya, Sufiah yang berumur 23 tahun kini menawarkan diri untuk tubuhnya dijual dalam laman web.
    Menerusi laman web itu, dia mempromosikan bentuk saiz badannya dan tempahan perkhidmatannya boleh dilakukan pada setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga lapan malam.
    Dia mendakwa dirinya seorang wanita yang seksi, pelajar pintar yang memilih lelaki budiman tetapi lebih tua.
    Bagaimanapun, seorang bekas teman lelakinya menyatakan: "Dengan kecerdasan otaknya yang mengagumkan, dia sepatutnya boleh membuat wang menerusi cara yang dia mahukan.
    "Bagaimanapun, kehidupannya tidak lagi dapat dikawal."
    Sufiah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu di Salford, Manchester dan kini ia adalah tragedi baru yang dihadapinya selepas dia bergambar dengan topi siswa di luar Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.
    Pendedahan itu berlaku selepas bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik.
    Kehidupan Sufiah kerap dilanda masalah tetapi dia berjaya lulus dalam peperiksaan matematik AL-Level yang diperlukan untuk memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.
    Ketika itu, dia merupakan seorang kanak-kanak yang taat dengan ajaran agama dan bersolat lima kali sehari selain menjadi subjek teknik pembelajaran kanak-kanak pintar yang dicipta oleh bapanya.
    Dia juga belajar dengan kuat dan dipaksa bermain tenis dan dia menjadi pilihan kelapan di Britain bagi kategori pemain di bawah 21 tahun.
    Bagaimanapun, tiga tahun di Oxford, Sufiah menyebabkan polis melancarkan operasi memburunya selepas dia melarikan diri dari universiti berkenaan.
    Ketika ini, bapanya mendakwa Sufiah diculik dan fikirannya ditekan oleh sebuah pertubuhan yang mencari punca kepintarannya.
    Namun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dan mengambarkan kehidupannya yang dikawal oleh bapanya sebagai 'hidup di neraka.'
    Satu mesej kepada adik perempuannya: "Adalah sudah mencukupi untuk menghadapi penderaan fizikal dan emosi selama 15 tahun. Anda tahu apakah maksud saya."
    Sufiah hilang selama dua minggu sebelum dia ditemui di sebuah kafe internet di Bournemouth di mana dia bekerja sebagai pelayan hotel.
    KERATAN akhbar yang disiarkan Kosmo! pada 29 Januari lalu mengenai bapa Sufiah yang dipenjara kerana dituduh mencabul dua gadis perempuan berumur 15 tahun.



    Dia enggan kembali kepada ibu bapanya dan dia dibawa untuk dijaga oleh perkhidmatan sosial.
    Selepas itu, tersebar berita bahawa bapanya pernah dipenjarakan selama tiga tahun pada 1992 kerana peranannya melakukan penipuan £1.5 juta (RM9.56 juta) dalam satu urus niaga.
    Sufiah kemudian kembali ke Universiti Oxford untuk menghabiskan tahun terakhirnya dalam sarjana Matematik.
    Bagaimanapun, dia gagal menamatkan pelajaran selepas bertemu dengan seorang peguam muda, Jonathan Marshall.
    Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berumur 19 tahun dan Jonathan berusia 24 tahun.
    Ibu bapa Sufiah dan adik-adiknya tidak hadir dalam majlis perkahwinan itu walaupun diundang.
    Namun, perkahwinan itu hancur dan mereka bercerai setahun kemudian.
    Kini, dalam sebuah flat kecil, dia menggunakan tubuhnya untuk membayar sewa.
    Sufiah dikunjungi oleh wartawan News of The Word yang menyamar sebagai pelanggan dan memasuki flatnya.
    Wanita itu hanya memakai skirt pendek, kasut kulit dan baju ketat.
    Dia membawa tiga telefon bimbit.
    Sufiah ketawa dan bergurau ketika dia membenarkan wartawan yang menyamar itu memasuki flatnya di mana sebuah katil turut disediakan.
    Dia memberitahu kadar sewa adalah £130 (RM828.99) sejam dan kemudian memasang muzik dengan menggunakan alat permainan muzik murah.
    Sufiah, kemudian menari di atas katil dan memberitahu perkhidmatan seks yang ditawarkannya.
    Selepas wartawan yang menyamar itu meminta diri untuk keluar, Sufiah memberitahu bahawa dia kini belajar sarjana Ekonomi sebagai pelajar sambilan di London selama dua tahun.
    Dia juga memberitahu bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.
    Sufiah juga membuat pengakuan kepada wartawan terbabit: "Adalah satu kejutan, siapakah yang anda jumpa ini." - Agensi


    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    Post on 31/3/2008, 9:46 pm by 3_kilik

    Syg btlkan. Ntahla dr mn silap sbenarnya.
    Mang x bleh d btulkan udah 2....

    heheheheheheheheeeeeeeeeeeeeee

    Post on 31/3/2008, 9:59 pm by rynjeff

    ya bah.....pelajar pintar jadi begini akhirnya......sedih2 dont know

    Post on 31/3/2008, 10:05 pm by 3_kilik

    Tp kira malula negara. Bab asal usulnya keluarga 2 dr m'siakan......

    Malu3.............................

    Post on 31/3/2008, 11:38 pm by arep

    nie semua disebabkan tekanan... Sad

    Post on 1/4/2008, 8:59 am by rynjeff

    hari ni ada lagi berita tentang sufiah

    Berita Harian

    • Selasa, 01 April 2008
    • 24 Rabiulawal 1429

      Kisah Sufiah resahkan ibu

    • LONDON: Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.

      Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.

      Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid – News of The World – di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.

      Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.

      Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

      Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

      Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

      Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

      "Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.

      "Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya," kata Hamidi.
      Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.

      Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

      Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.

      "Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan," katanya.


    dont know

    Post on 1/4/2008, 9:17 am by Dvivie99

    Adui gia..sungguh syg la.
    Maybe susah jugak kalu telampau pintar ni kan,coz otak tu terlalu advance..jd smpai la terpikir buat keja yg mcm tu.
    Dah la dpt tajaan dari kerajaan mesia..mcm tu ending nya.
    Syukur gak sa nda 'tersesat' masa study d east london dulu..
    Biar pun nda la pintar,tp dpt gak la sa habiskan pengajian ku.alhamdulillah.

    Post on 1/4/2008, 2:22 pm by drakult

    ini suma dari diri sendiri..MANTAP!!?!! Very Happy

    "WE HAVE OUR OWN EVIL INSIDE"

    Anton Lavey.. :twisted:

    Post on 1/4/2008, 6:01 pm by aLFFiaN

    mungkin terlalu pintar mengira duit kali sudah tu.. lumayan lagi jadi pelacur daripada menjadi ahli matematik.... cubalah balik malaysia... cari kerja sini.. ajar bebudak lain yg memerlukan... bukan tiada tempat di sini untuk bekerja.. ajar budak tuition d rumah , ok apa! ini buat tuition seks pula d oversea...

    Post on 1/4/2008, 6:09 pm by Viero

    Adeh... untung-untung dapat otak pintar jadi la pulak pelacur...

    Post on 1/4/2008, 6:21 pm by rynjeff

    iya..ba....kenapalah c sufiah ni jadi begini akhirnya dont know sia rasa otak di x betul sudah kerana terlalu tertekan.....

    Post on 1/4/2008, 7:08 pm by otai

    bukan bah tu;.. telampau pandai suda tiada mau d try.. dia try la yg baru..

      Current date/time is 18/5/2012, 9:16 pm