SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Bentuk kening semula jadi

    Share

    rynjeff
    MODERATOR

    Female
    Age: 39
    location: Sandakan
    Points: 4127
    Reputation: 3
    Number of posts: 2079
    25022008

    http://i38.servimg.com/u/f3 Bentuk kening semula jadi

    Post by rynjeff

    Bentuk kening semula jadi

    Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN


    Sebelum ini, kaedah mencacah untuk mencantikkan bulu kening agak menyakitkan dan tidak tahan lama. Namun, teknik sulaman kening memberi pendekatan berbeza.




    Bulu kening diibaratkan rias wajah setiap insan baik lelaki mahupun wanita. Namun, wanita lebih tertumpu untuk memiliki bulu kening yang kelihatan cantik dan natural.
    Bukan semua orang memiliki bentuk bulu kening yang sempurna seperti diidamkan, ada yang sentiasa berhadapan dengan masalah membentuk atau melukis bulu kening terutamanya ketika bergegas ke pejabat pada awal pagi dan menghadiri majlis makan malam atau sahabat handai.
    Tetapi kini kaedah sulaman kening menjadi alternatif baru. Sulaman kening adalah satu teknik terbaru yang boleh menghasilkan bentuk dan rupa kening yang lebih baik dan bersifat semula jadi.
    sejenis jarum besi berbentuk serong muncungnya digunakan dalam teknik sulaman kening.



    Sebelum ini, golongan wanita yang menginginkan bulu kening yang cantik sering mengamalkan kaedah tradisional iaitu mencacah bulu kening kerana ia akan berkekalan sepanjang hayat.
    Sebaliknya, kaedah lama ini hanya mengekalkan bentuk kening, tetapi lama-kelamaan warnanya semakin pudar kepada hijau, biru dan kelabu.




    Ekoran itu, Ultimate Impression Face & Body Clinique Sdn. Bhd yang kini dikenali sebagai Bluunis mengambil inisiatif memperkenalkan teknologi brownaissance di Malaysia sedekad lalu. Pengasas syarikat ini James Tan membawa teknologi itu dari Amerika Syarikat (AS) semata-mata ingin mendapat pengiktirafan dalam industri kecantikan tempatan.
    "Setakat ini, kira-kira 100,000 pengguna telah membuat sulaman kening ini bersama syarikat ini dan mereka teruja dan berpuas hati dengan hasilnya.
    "Sulaman kening ini jauh beza daripada kaedah tradisional kerana ia tidak menggunakan jarum yang tajam untuk mencacah warna," ujar Pengurus Pembangunan Salon Bluunis, Chrystina Lim ketika ditemui di pusat beli-belah Jaya 33, baru-baru ini.
    Chrystina memberitahu, sejenis jarum besi yang berbentuk serong dimuncungnya digunakan untuk melukis warna di atas kulit pelanggan. Peralatan sulaman dan warnanya diimport dari AS kerana teknologi tersebut belum wujud di negara ini.
    "Pemilihan warna yang tepat dan betul merupakan perkara penting dalam menghasilkan bulu kening yang cantik. Biasanya warna-warna cafe brown, coklat muda dan kelabu menjadi pilihan utama para pengguna. Ini kerana barisan warna ini sesuai dengan kulit wanita Asia.
    "Sebaliknya sulaman ini sama sekali mengelakkan penggunaan warna hitam lantaran lama-kelamaan ia berupaya tukar kepada warna biru atau hijau sehingga mencacatkan bentuk dan warna semula jadi bulu kening seseorang," katanya sambil menunjukkan sulaman kening yang dibuatnya tujuh tahun lalu.
    Ujarnya, proses membuat sulaman kening mengambil masa selama 20 minit sahaja. Prosedur ini membabitkan pemeriksaan bulu kening dan pelanggan boleh memilih reka bentuk yang sesuai dengan wajah mereka. Sejurus itu, sejenis krim disapu untuk mengelakkan sebarang alahan pada kulit dan ia teruskan dengan penghasilan sulaman secara teliti dan terperinci.
    Tambah beliau, jika bentuk yang dihasilkan tidak memuaskan maka ia boleh ditukar dan disulam semula mengikut kehendak pelanggan.
    "Keistimewaan dan kapasiti sulaman ini terletak pada sifat ketahanannya antara dua hingga tiga tahun. Jika mereka memberi tumpuan sepenuh dengan memperbaiki warna dua kali setahun maka ia boleh bertahan selama melebihi lima tahun.
    "Perbezaannya daripada cara mencacah adalah pelanggan hanya mengalami kesakitan yang minimum tanpa sebarang kesan sampingan," jelasnya teknologi brownaissance ini semakin popular di negara-negara Asia Pasifik seperti China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Singapura.
    Chrystina juga memberitahu selain sulaman kening mereka turut menawarkan perkhidmatan membuat sulaman tersebut di bahagian celak mata. Walaupun, ia kedengaran pelik tetapi para pelanggan tetap menggemari cara ini kerana ia menjimatkan masa dan tenaga.
    Katanya, sulaman yang unik ini boleh didapati di semua salon Bluunis yang terletak di Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Subang Jaya dan Klang.
    "Kedua-dua jenis sulaman ini, ditawarkan pada harga RM430 termasuk dua kali sapuan semula secara percuma," jelasnya.
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    Post on 26/2/2008, 8:16 am by sakura

    kak....thx for d info..tapi rasanya mencabut bulu kening tu haramkan?

    Post on 26/2/2008, 8:51 am by mimie1010

    Ini kah ni kak ryn yg org ckp tatoo kening?? Coz kalu mimie p facial or lentik bulu mata,tu owner saloon ada offer mimie tatoo kening (bahasa d salon kecantikan)..mcm ini tau. Harga pun dlm 400 ke atas la.tp lasting smpai bila2. nda payah lg guna pencil eyerbrow utk lukis kening. Nda haram ka tatoo kening ni kak...mimie nda dpt tanya tu owner coz dia cina.

    Post on 26/2/2008, 10:00 am by rynjeff

    kakak rasa pun membentuk kening @ tatoo kening memang haram dalam islam Suspect jadi ....info ni sesuai untuk yg non muslim jak la.......Tapi ramai kawan2 kakak masih lagi gi salon untuk membentuk kening ni..terpulang pada mereka saja la ........Kening kakak ni masih asli lagi What a Face .

    Post on 26/2/2008, 5:26 pm by Yen

    mahal la buat d salon.... dont know

    Post on 12/3/2008, 12:31 pm by ZieHaR d GreatZ

    Disyorkan janganlah buat kening tatu ni sebab mungkin time sekarang...muka masih fit dan cantik..bentuk kening tatu tu cantik tapi fikirlah nanti bila dah tua..kulit muka dah berkedut...bayangkan bentuk kening tu pla macamana..entah biut ke mana pla rupanya..melainkan wanita ni amalkan kolagen atau botox pada mukanya...so,terpulang pada individu memikirkan impaknya masa panjang :idea:

    Post on 5/6/2008, 1:37 am by ChristyGwen

    any idea mcm mana cara yg mudah kasi hilang lingkaran mata hitam selain tdr yg cukup?

    Post on 5/6/2008, 11:25 am by shalina7981

    nilah perempuan mau cantik saja..nanti ada masalah megomel lah tu..

    Post on 5/6/2008, 9:29 pm by Street_Mover*.Co

    ChristyGwen wrote:any idea mcm mana cara yg mudah kasi hilang lingkaran mata hitam selain tdr yg cukup?



    ko smpan ja 2 timun d mata,c potong2 la..ok jg 2 8)

    Post on 6/6/2008, 1:33 am by ChristyGwen

    Street_Mover*.Co wrote:
    ChristyGwen wrote:any idea mcm mana cara yg mudah kasi hilang lingkaran mata hitam selain tdr yg cukup?



    ko smpan ja 2 timun d mata,c potong2 la..ok jg 2 8)


    ok will try...thanks.. Very Happy

    Post on 6/6/2008, 1:37 am by ChristyGwen

    street mover co...sis..r u the one yg mlm at kk9ball cerita pasal brunei tu??

    Post on 6/6/2008, 7:37 am by eleanor

    ChristyGwen wrote:street mover co...sis..r u the one yg mlm at kk9ball cerita pasal brunei tu??


    ya ... dia la tu... kompom...

      Current date/time is 23/5/2013, 2:22 am