SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Bahaya Melayari Laman Web Porno

    Share
    16022009

    Fadzliey
    MODERATOR

    Male
    Age: 33
    location: Beaufort
    Points: 3454
    Reputation: 0
    Number of posts: 1268

    http://i38.servimg.com/u/f3 Bahaya Melayari Laman Web Porno

    Post by Fadzliey

    Saya nak kongsikan satu artikel yang
    diambil dari Utusan Malaysia mengenai
    bahaya yang kita tidak sedari apabila
    selalu melawat laman web porno!

    Begini artikelnya:

    Porno Internet - Klik yang membawa padah!
    Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN

    Pengerusi Microsoft, Bill Gates pernah berkata:
    ``Dunia sekarang hanya berada di hujung jari anda''

    Sememangnya kita ketahui fakta itu kerana dengan
    hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai
    akses Internet, satu klik mampu `membawa' kita
    ke seluruh dunia.

    Begitulah hebatnya dunia tanpa sempadan yang
    dihasilkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi
    (ICT).

    Walaupun teknologi sebenarnya di cipta untuk
    kebaikan, tetapi ia tidak terkecuali daripada
    dieksploitasi untuk membawa keburukan juga.

    Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti
    gambar dan video lucah dari Internet merupakan
    aktiviti yang berleluasa dilakukan oleh kebanyakan
    pengguna Internet di seluruh dunia.

    Ini kerana dalam `dunia tanpa sempadan' itu,
    ramai telah menggunakan kesempatan untuk
    mendapatkan bahan-bahan terlarang tersebut
    yang boleh diperolehi secara percuma.

    Bagaimanapun, sebenarnya mereka tidak menyedari
    perbuatan mereka itu boleh mengundang padah!

    Ini kerana anasir-anasir jahat di Internet
    telah menggunakan laman-laman web lucah sebagai
    tarikan pengguna sebelum menjadikan pengunjung
    sebagai mangsa.

    Ancaman virus dan variasi-variasinya kini
    sememangnya agak dahsyat kerana jika dahulu
    kita mengetahui virus hanya boleh disebarkan
    melalui disket atau CD, kini ia boleh disebar
    melalui e-mel dan terbaru hanya memerlukan anda
    mengunjungi laman web mereka.

    Mereka akan `menyerang' komputer pengguna dengan
    pelbagai jenis virus, trojan, adware (perisian iklan),
    spam atau spyware (perisian pengintip) yang
    langsung kita tidak sedari.

    Mangsa bukan sahaja boleh terjejas produktiviti
    kerana komputer menjadi lembap atau rosak tetapi
    juga boleh menyebabkan kerugian dari segi wang
    ringgit.

    Apabila ini berlaku, kadang kala ada pengguna
    terpaksa menanggung hutang beribu-ribu ringgit
    kerana bil telefon yang melambung.

    Maka ketika itu, masing-masing akan menudingkan
    jari menyalahkan syarikat telekomunikasi kerana
    mengenakan caj yang dikatakan `bukan-bukan' tersebut.

    Tetapi tahukah mereka bil telefon itu mencapai
    ribuan ringgit kerana disebabkan kesalahan,
    kealpaan atau `keghairahan' sendiri kerana
    mengakses laman web porno.

    Senario ini kecoh diperkatakan di negara kita
    baru-baru ini apabila ramai para pengguna Internet
    mengadu kepada media massa yang mendakwa mereka
    ditipu kerana bil Internet dan telefon mereka
    terlalu tinggi.

    [+]Ceroboh

    ``Mereka tidak menyedari yang apabila mengunjungi
    laman web porno, komputer mereka boleh diceroboh
    oleh virus yang melakukan sambungan Internet
    ke talian antarabangsa.'' katanya seorang pakar
    keselamatan Internet.

    Sebenarnya apabila kita mengunjungi laman,
    memuat-turun gambar atau video dari laman web
    porno yang jahat, pengendali laman itu akan
    meletakkan sejenis virus atau trojan dalam komputer.

    Virus itu berfungsi dengan sengaja memutuskan
    talian telefon pengguna yang dihubungkan dari
    penyedia akses Internet tempatan dan kemudiannya
    menyambungkan kepada penyedia akses Internet
    tidak bertauliah di luar negara.

    Sudah tentu, bil telefon anda yang mengenakan
    caj tempatan sebelum ini akan dikenakan caj
    antarabangsa kerana ia telah dihubungkan
    ke talian luar negara.

    Apabila ini terjadi, pengguna tidak lagi dicaj
    dengan kadar 1 sen untuk akses Internet dan
    1.5 sen untuk caj panggilan, kerana pengguna
    tidak lagi dihubungkan dengan perkhidmatan
    `dial-up' ke syarikat pembekal Internet tempatan
    seperti TMnet.

    Aktiviti ini dipanggil `Lambakan Internet' atau
    kadangkala dirujuk sebagai ` Pengumpil Modem'.

    Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi
    dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar
    berkata, situasi ini kebiasaannya berlaku terhadap
    mereka yang melayari laman-laman web dewasa
    dan hiburan.

    [+]Memantau

    "Sehubungan itu, pengguna Internet perlu lebih
    berhati-hati apabila melayari laman-laman web
    ini kerana ia akan mengakibatkan bayaran panggilan
    antarabangsa (IDD) yang tinggi," katanya.

    Selain itu, bagi ibu bapa pula, mereka perlu
    memantau dan melibatkan diri secara langsung
    dengan aktiviti-aktiviti Internet anak-anak
    kerana mereka boleh terdedah kepada bahan-bahan
    yang tidak sesuai.

    Bagi syarikat pembekal perkhidmatan Internet
    tempatan seperti TM Net Sdn. Bhd. dan syarikat
    telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM),
    kedua-dua syarikat itu telah mengambil pelbagai
    langkah untuk mengurangkan masalah tersebut.

    Antaranya ialah memberi penerangan melalui
    sisipan di dalam bil telefon dan Internet
    kepada 4.5 juta pelanggan, menempah iklan
    di akhbar, menghantar e-mel kepada pelanggan
    dan mengadakan taklimat media.

    Selain itu, TM juga telah menyekat semua
    panggilan IDD ke Papua New Guinea berikutan
    kebanyakan laman-laman web porno yang melakukan
    `Lambakan Internet' dipancarkan dari negara itu.

    Selain daripada meletakkan perisian `mendail
    sendiri' yang menyebabkan bil pengguna menjadi
    tinggi, pelbagai jenis virus juga telah menjadikan
    komputer anda sebagai `rumah mereka.'

    Virus-virus atau trojan yang telah memasuki
    komputer selepas anda mengunjungi laman web lucah
    itu juga sukar dihapuskan termasuk oleh
    perisian anti-virus.

    Kecanggihan teknologi yang digunakan oleh
    pembuat-pembuat virus itu membolehkan ia
    melakukan pelbagai aktiviti di dalam komputer
    tanpa pengguna menyedarinya langsung.

    [+]Perisian

    Antaranya ialah mereka boleh melembapkan
    komputer dan akses serta menghantar lebih
    banyak virus atau spam (e-mel secara banyak)
    kepada kenalan-kenalan kita melalui alamat
    e-mel yang terdapat di dalam komputer.

    Dari segi kewangan pula, perisian jahat itu
    boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti
    nombor kad kredit dan kata laluan urusan
    perbankan di Internet.

    Bagi virus jenis perisian iklan atau adware,
    mereka akan menjadikan laman web lucah sebagai
    default page dalam perisian Internet Explorer
    kita.

    Setiap kali kita membuka perisian Internet
    Explorer, laman web lucah itu akan terbuka
    terlebih dahulu yang boleh memalukan jika
    anda membuka Internet di hadapan anak-anak
    atau ketua di pejabat.

    Laman web porno ini pula kebanyakannya tidak
    boleh ditutup kerana kecanggihan teknologinya.

    Sehubungan itu, anda perlu memastikan yang
    komputer anda telah melaksanakan pelbagai k
    eperluan keselamatan komputer jika hendak
    menghindarinya.

    Memasang perisian anti-virus, memasang
    perisian firewall, memasang perisian penapisan
    kandungan untuk kanak-kanak seperti NetNanny
    dan sebagainya merupakan keperluan masa kini.

    Bagaimanapun, penapisan terbaik dari
    ancaman gejala-gejala tersebut perlu
    datangnya daripada pengguna sendiri.

    Begitulah akibatnya jika kita tak sedar asyik
    melawati laman-laman yang tak sepatutnya.

    Tahu-tahu bil telefon melambung dan pada waktu
    dah terlewat. Apa yang perlu buat?... bayar je lah!.

    Jika jari kita tidak `gatal' untuk klik kepada
    laman-laman web lucah itu, sudah tentu
    kita tidak akan menerima padahnya.

    Kalau yang dah tak tahan sangat tuh cepat-cepatlah
    cari bini. Dah ada bini macam-macam hal boleh buat. Very Happy
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    Post on 16/2/2009, 6:12 pm by under18crew

    benda ini sy stju..asal jak download video mcm gitu mmg ada virus akan ikt..cara durg untuk rosakkan pc atau perisian korg..

    Post on 16/2/2009, 7:06 pm by otai_queen

    kita yg suka btl tgk benda2 mcm tu, orang lain ketawakan kita...

    Post on 16/2/2009, 7:18 pm by csilusz

    ya memang tidak dinafikan ..

    Post on 16/2/2009, 7:24 pm by sonofthipareth

    Hmmm..
    Btul tu..
    Betul...

    Post on 16/2/2009, 7:34 pm by intrax

    huhu betul tu .. tulah apasal selalu komputer ada problem jak pasal virus
    ehm.. tapi klu blutooth apamacam plak

    Post on 16/2/2009, 7:38 pm by sonofthipareth

    Ya kan..
    Macamana tu ah?
    Hset sy xda blueooth bro ekekeke..
    Maklumlah urg kampung hehe

    Post on 17/2/2009, 12:05 am by otai_queen

    kdg2 kita x sedar virus sebenarnya banyak dr laman2 web yg mcm tu...

    Post on 17/2/2009, 9:50 am by Fadzliey

    otai_queen wrote:kdg2 kita x sedar virus sebenarnya banyak dr laman2 web yg mcm tu...
    tp tu la psl kekadang tu niat hati mmng x nk tngk benda2 mcm tu tp entah mcm mana tngn pla trgatal p click.. ishhh mcm mana ar mo bendung masalah ni Otai_Queen. tau2 la lelaki.. tp aku bgs sikit jarang tngk jelir

    Post on 17/2/2009, 11:09 am by under18crew

    mmg bnda nie x lari dari kehidupan seorang lelaki..tipu lh kalau x pena buka web2 mcm 2 kn..hihi.tp krgkn lh skrg nie..dunia pn makin canggih.virus sana sini ada dan boleh disebarkan dalam sekelip mata dan sekali click jak.hihi..

    Post on 17/2/2009, 12:06 pm by Mr.AZRIE

    bahaya oh.... nanti..silap2 komputer kena format..wakaka..

    Post on 17/2/2009, 12:13 pm by Fadzliey

    bah dah tau benda tu x elok n ble mnybbkn masalah pd PC anda.. bak kata Nabil Raja Lawak.. mmm pikirlah sendiri..

      Current date/time is 19/5/2012, 6:26 pm