| | Nasib malang Sufiah Yusuf | |
|
| Author | Message |
|---|
rynjeff MODERATOR


 Age: 36 location: Sandakan Points: 2130 Reputation: 3 Number of posts: 2108
 | Subject: Nasib malang Sufiah Yusuf 31/3/2008, 9:40 pm | |
| Nasib malang Sufiah Yusuf WAJAH terbaru Sufiah.
GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee. Menurut akhbar News of The World dalam siasatan yang dilakukan oleh seorang wartawannya, Sufiah yang berumur 23 tahun kini menawarkan diri untuk tubuhnya dijual dalam laman web. Menerusi laman web itu, dia mempromosikan bentuk saiz badannya dan tempahan perkhidmatannya boleh dilakukan pada setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga lapan malam. Dia mendakwa dirinya seorang wanita yang seksi, pelajar pintar yang memilih lelaki budiman tetapi lebih tua. Bagaimanapun, seorang bekas teman lelakinya menyatakan: "Dengan kecerdasan otaknya yang mengagumkan, dia sepatutnya boleh membuat wang menerusi cara yang dia mahukan. "Bagaimanapun, kehidupannya tidak lagi dapat dikawal." Sufiah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu di Salford, Manchester dan kini ia adalah tragedi baru yang dihadapinya selepas dia bergambar dengan topi siswa di luar Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Pendedahan itu berlaku selepas bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik. Kehidupan Sufiah kerap dilanda masalah tetapi dia berjaya lulus dalam peperiksaan matematik AL-Level yang diperlukan untuk memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun. Ketika itu, dia merupakan seorang kanak-kanak yang taat dengan ajaran agama dan bersolat lima kali sehari selain menjadi subjek teknik pembelajaran kanak-kanak pintar yang dicipta oleh bapanya. Dia juga belajar dengan kuat dan dipaksa bermain tenis dan dia menjadi pilihan kelapan di Britain bagi kategori pemain di bawah 21 tahun. Bagaimanapun, tiga tahun di Oxford, Sufiah menyebabkan polis melancarkan operasi memburunya selepas dia melarikan diri dari universiti berkenaan. Ketika ini, bapanya mendakwa Sufiah diculik dan fikirannya ditekan oleh sebuah pertubuhan yang mencari punca kepintarannya. Namun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dan mengambarkan kehidupannya yang dikawal oleh bapanya sebagai 'hidup di neraka.' Satu mesej kepada adik perempuannya: "Adalah sudah mencukupi untuk menghadapi penderaan fizikal dan emosi selama 15 tahun. Anda tahu apakah maksud saya." Sufiah hilang selama dua minggu sebelum dia ditemui di sebuah kafe internet di Bournemouth di mana dia bekerja sebagai pelayan hotel. KERATAN akhbar yang disiarkan Kosmo! pada 29 Januari lalu mengenai bapa Sufiah yang dipenjara kerana dituduh mencabul dua gadis perempuan berumur 15 tahun.
Dia enggan kembali kepada ibu bapanya dan dia dibawa untuk dijaga oleh perkhidmatan sosial. Selepas itu, tersebar berita bahawa bapanya pernah dipenjarakan selama tiga tahun pada 1992 kerana peranannya melakukan penipuan 1.5 juta (RM9.56 juta) dalam satu urus niaga. Sufiah kemudian kembali ke Universiti Oxford untuk menghabiskan tahun terakhirnya dalam sarjana Matematik. Bagaimanapun, dia gagal menamatkan pelajaran selepas bertemu dengan seorang peguam muda, Jonathan Marshall. Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berumur 19 tahun dan Jonathan berusia 24 tahun. Ibu bapa Sufiah dan adik-adiknya tidak hadir dalam majlis perkahwinan itu walaupun diundang. Namun, perkahwinan itu hancur dan mereka bercerai setahun kemudian. Kini, dalam sebuah flat kecil, dia menggunakan tubuhnya untuk membayar sewa. Sufiah dikunjungi oleh wartawan News of The Word yang menyamar sebagai pelanggan dan memasuki flatnya. Wanita itu hanya memakai skirt pendek, kasut kulit dan baju ketat. Dia membawa tiga telefon bimbit. Sufiah ketawa dan bergurau ketika dia membenarkan wartawan yang menyamar itu memasuki flatnya di mana sebuah katil turut disediakan. Dia memberitahu kadar sewa adalah 130 (RM828.99) sejam dan kemudian memasang muzik dengan menggunakan alat permainan muzik murah. Sufiah, kemudian menari di atas katil dan memberitahu perkhidmatan seks yang ditawarkannya. Selepas wartawan yang menyamar itu meminta diri untuk keluar, Sufiah memberitahu bahawa dia kini belajar sarjana Ekonomi sebagai pelajar sambilan di London selama dua tahun. Dia juga memberitahu bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Sufiah juga membuat pengakuan kepada wartawan terbabit: "Adalah satu kejutan, siapakah yang anda jumpa ini." - Agensi |
|
 | |
3_kilik SENIOR


 Countries:  Age: 28 location: ta alip wau alip wau Website: - Tag ID:: sfc 02370 Points: 1939 Reputation: 3 Number of posts: 618
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 31/3/2008, 9:46 pm | |
| Syg btlkan. Ntahla dr mn silap sbenarnya. Mang x bleh d btulkan udah 2.... heheheheheheheheeeeeeeeeeeeeee |
|
 | |
rynjeff MODERATOR


 Age: 36 location: Sandakan Points: 2130 Reputation: 3 Number of posts: 2108
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 31/3/2008, 9:59 pm | |
| ya bah.....pelajar pintar jadi begini akhirnya......sedih2  |
|
 | |
3_kilik SENIOR


 Countries:  Age: 28 location: ta alip wau alip wau Website: - Tag ID:: sfc 02370 Points: 1939 Reputation: 3 Number of posts: 618
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 31/3/2008, 10:05 pm | |
| Tp kira malula negara. Bab asal usulnya keluarga 2 dr m'siakan...... Malu3............................. |
|
 | |
arep CONTRIBUTOR


 Age: 24 location: Malaysia Points: 2199 Reputation: 0 Number of posts: 1160
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 31/3/2008, 11:38 pm | |
| nie semua disebabkan tekanan...  _________________  |
|
 | |
rynjeff MODERATOR


 Age: 36 location: Sandakan Points: 2130 Reputation: 3 Number of posts: 2108
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 8:59 am | |
| hari ni ada lagi berita tentang sufiah Berita Harian
- Selasa, 01 April 2008
- 24 Rabiulawal 1429
Kisah Sufiah resahkan ibu
LONDON: Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.
Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.
Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid News of The World di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.
Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.
Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.
Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.
Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.
"Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.
"Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya," kata Hamidi. Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.
Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.
Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.
"Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan," katanya.
 |
|
 | |
Dvivie99 REGULAR


 Age: 32 location: KL & KK Points: 1776 Reputation: 0 Number of posts: 411
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 9:17 am | |
| Adui gia..sungguh syg la. Maybe susah jugak kalu telampau pintar ni kan,coz otak tu terlalu advance..jd smpai la terpikir buat keja yg mcm tu. Dah la dpt tajaan dari kerajaan mesia..mcm tu ending nya. Syukur gak sa nda 'tersesat' masa study d east london dulu.. Biar pun nda la pintar,tp dpt gak la sa habiskan pengajian ku.alhamdulillah.
_________________ I OnLY LoOk LikE a SNoB.. EiTHeR U TrUsT Or JuDgE Me, I'm FiNe!!
 ~THE HARDEST PART BOUT LOSING LOVE IS FINDING UR WAY BACK~ |
|
 | |
drakult SIFU

 Age: 33 location: SU, SA, SB Points: 2001 Reputation: -1 Number of posts: 6323
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 2:22 pm | |
| ini suma dari diri sendiri..MANTAP!!?!! "WE HAVE OUR OWN EVIL INSIDE" Anton Lavey.. :twisted: _________________ ----------------------------------------------------------------------
|
|
 | |
aLFFiaN ADMINISTRATOR


 Countries:  Age: 27 location: Borneo Island Website: www.sioloon.com Tag ID:: SFC00001 Points: 4284 Reputation: 80 Number of posts: 7622
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 6:01 pm | |
| mungkin terlalu pintar mengira duit kali sudah tu.. lumayan lagi jadi pelacur daripada menjadi ahli matematik.... cubalah balik malaysia... cari kerja sini.. ajar bebudak lain yg memerlukan... bukan tiada tempat di sini untuk bekerja.. ajar budak tuition d rumah , ok apa! ini buat tuition seks pula d oversea... _________________ PERKHIDMATAN DARI SAYA UNTUK ANDA (0138733343/0163399044)*Pengedar kereta jenama proton *Renew insurance kereta pelbagai agensi *Trade-in for used car *Tempahan Kad Kahwin dan Pelamin *Tempahan canopy dan karaoke set *Photographer |
|
 | |
Viero MODERATOR


 Countries:  Age: 91 location: Melbourne Website: http://www.facebook.com/Vieros Points: 2356 Reputation: 18 Number of posts: 2469
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 6:09 pm | |
| Adeh... untung-untung dapat otak pintar jadi la pulak pelacur... |
|
 | |
rynjeff MODERATOR


 Age: 36 location: Sandakan Points: 2130 Reputation: 3 Number of posts: 2108
 | |
 | |
otai ADMINISTRATOR


 Countries:  Age: 28 location: Kudat Sabah Tag ID:: 999999 Points: 2140 Reputation: 0 Number of posts: 1159
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 1/4/2008, 7:08 pm | |
| bukan bah tu;.. telampau pandai suda tiada mau d try.. dia try la yg baru.. |
|
 | |
aizawamiyabi JUNIOR

 Age: 24 location: labuan Points: 1742 Reputation: 0 Number of posts: 185
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 7/4/2008, 4:18 pm | |
| anak siapa la ni.... _________________ Beware of ME....dun play2
Last edited by aizawamiyabi on 8/4/2008, 10:33 am; edited 1 time in total |
|
 | |
aizawamiyabi JUNIOR

 Age: 24 location: labuan Points: 1742 Reputation: 0 Number of posts: 185
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 7/4/2008, 4:24 pm | |
| LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran 1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira 60,000 (RM420,000). Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya. Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang. "Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World. Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira 130 (RM910) sejam. Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya. Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa. Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun. Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton. Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira 16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran. Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira 3,500 (RM24,500). Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya. "Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak. "Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini saya-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya. Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur. "Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi. "Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri. "Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya. Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan. "Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka. "Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga 700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan. "Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman." Agensi  sedey aku pintar jd bodoh mcm dia ni _________________ Beware of ME....dun play2 |
|
 | |
Ben507 CONTRIBUTOR


 Countries:  Age: 27 location: SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID:: SFC 2357 Points: 1888 Reputation: 0 Number of posts: 1559
 | |
 | |
brena9767 JUNIOR


 Age: 32 location: Penampang Points: 2130 Reputation: -2 Number of posts: 104
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 10/4/2008, 8:26 pm | |
| |
|
 | |
Ben507 CONTRIBUTOR


 Countries:  Age: 27 location: SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID:: SFC 2357 Points: 1888 Reputation: 0 Number of posts: 1559
 | |
 | |
madperak OBSERVER


 Countries:  location: penang 'n' perak Points: 2407 Reputation: -1 Number of posts: 344
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 10/4/2008, 9:30 pm | |
| Sedih aku tengok video dia dlm youtube, ganaz2 posing dia kohkohkohkoh budak bawah umur jgn tengok. _________________ MitSuBiShi LanCer, NisSan InSide Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind. |
|
 | |
madperak OBSERVER


 Countries:  location: penang 'n' perak Points: 2407 Reputation: -1 Number of posts: 344
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 10/4/2008, 9:31 pm | |
| |
|
 | |
brena9767 JUNIOR


 Age: 32 location: Penampang Points: 2130 Reputation: -2 Number of posts: 104
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 15/4/2008, 8:17 pm | |
| ya la..kalau buat jahat memang bukan rakyat kita...tapi kalau famous dan cemerlang kita akun sebagai warga kita sedangkan ntah dari mana asal... memang begini mentaliti kita... |
|
 | |
Ben507 CONTRIBUTOR


 Countries:  Age: 27 location: SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID:: SFC 2357 Points: 1888 Reputation: 0 Number of posts: 1559
 | |
 | |
drakult SIFU

 Age: 33 location: SU, SA, SB Points: 2001 Reputation: -1 Number of posts: 6323
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 6:46 am | |
| bukan dunia ben.. tapi KITA.........MEREKA..dan SEMUA..crisis IDENTITY!!?!! Maju MALAYSIA..SABAH TATAP!!?!! _________________ ----------------------------------------------------------------------
|
|
 | |
mantan73 CONTRIBUTOR


 Age: 97 location: SEMPORNA-KK Points: 1838 Reputation: 0 Number of posts: 1271
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 12:49 pm | |
| sedap baitu itu brg....kalau sedap d campur lagi ada duit....lagi la sedap. |
|
 | |
President MonsterCrew SENIOR


 Age: 26 location: KM, SABAH Points: 1771 Reputation: 0 Number of posts: 535
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 1:10 pm | |
| mengucap pnjang aku bca cite c sufiah nih...hrap2 mak dia dpt kawal perasaan...kalaulah dan andaikata mak dia jatuh sakit gara2 perangai c sufiah tuh...pergh ke neraka lah kau wahai sufiah...namer bkn main sedap lg....mgkin dia masih trleka dlm mengejar kemewahan dunia....moga satu hari nanti dia akan sedar dan segera bertaubat..... _________________  |
|
 | |
Princess_Cutie01 REGULAR


 Age: 19 location: Sabah Points: 1998 Reputation: 0 Number of posts: 384
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 1:59 pm | |
| |
|
 | |
aizawamiyabi JUNIOR

 Age: 24 location: labuan Points: 1742 Reputation: 0 Number of posts: 185
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 3:55 pm | |
| dia bangga jd mcm tu tekanan ble buang dgn mcm2 cara u all buka youtube kasiaan pla dia ni sbb automatik ja dia register p nerak* ermm harap2 dia cepat tobat kt doakan ja la dr maki dia dosa pla kt dapat... _________________ Beware of ME....dun play2 |
|
 | |
RBN76 SUPERIOR

 Age: 32 location: ANYWHERE AND ANYTIME Points: 1702 Reputation: 0 Number of posts: 2156
 | Subject: Re: Nasib malang Sufiah Yusuf 16/4/2008, 4:02 pm | |
| kesian juga...mungkin tekanan dan booommmm....sot cip dia or putus wayar di kepala....sakit mental akibat tekanan. |
|
 | |
| | Nasib malang Sufiah Yusuf | |
|