ni cerita pada waktu malam di jalan penampang dekat dengan SMK datuk peter mojuntin menuju ke jalan terawih,
waktu tu saya nak balik ke putatan selepas dari bundusan, biasalah ikut jalan ni lebih dekat berbanding dengan jalan melalui lido.
sewaktu sedang memandu sebelum sampai ke selekoh datuk peter mojuntin terasa kereta yang saya pandu melonjak agak kuat lalu saya perlahankan
kereta,saya tengok kat belakang tak ada apa2 cuma kasut budak kecil ja yang ada, tapi mustahil juga terlanggar kasut tu boleh buatkan kereta
saya melonjak agak kuat???? lalu saya berdoa dan memohon maaf kat jalan tu, tapi apabila melalui jalan gelap menuruni bukit kecil saya
menggunakan lampu hihglight secara tiba2 saya tersuluh satu bentuk lembaga putih dengan rambut panjang terhurai apa lagi saya terasa takut
lalu memandu agak laju.Setibanya saya di jalan lurus di bawah bekas rumah YB James Ligunjang lembaga tersebut sekali lagi menampakkan dirinya
dengan berbaring dalam keadaan kepala ke bawah menampakkan seolah2 baru terlibat dengan kemalangan.Lagi sekali saya memandu dengan laju akibat
sangat takut, setibanya di selekoh sekolah memandu KMK dengan perasaan takut saya melihat ke cermin pandang belakang apa lagi saya terkejut
macam nak gila bila lembaga tersebut ada didalam kereta tempat duduk belakang dengan rambut terhurai panjang, terasa nak keluar airmata kerana
agak takut setibanya di jalan berhampiran kubur cina saya melihat cermin pandang belakang memang agak terkejut sebab benda tu masih ada
di tempat duduk belakang, saya memandu hingga tak keruan kerana takut. Setibanya di jalan berhampiran bukit kuburan kampung Ulu putatan saya
melihat cermin pandang belakang dan mendapati benda tu sudah tidak ada tapi saya masih dalam ketakutan dan apabila sampai di rumah saya
cepat2 naik kerumah sambil membuka kasut mak saya bertanya kenapa cemas sangat ni? malam tu saya tak berani tidur didalam bilik saya tidur
di ruang tamu rumah dengan adik saya yang memang suka tidur di ruang tamu sambil menonton tv hingga lewat pagi.Pada keesokan hari mak saya
mengejutkan saya dari tidur, mak saya cakap saya meracau dan muka agak pucat bermula pada hari tu saya demam panas selama 2 hari.
P/s : nak tahu selepas kejadian tu saya tak ikut jalan tu lagi kalau balik waktu malam takuttttt....
sewaktu menulis cerita ni pun buluh roma saya asyik turun naik sebab masih takut kot...