SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Order t-shirt pada batch kali ini akan ditutup pada 10 march 2010 . kelewatan anda membuat bayaran tidak akan dilayan. sekian terima kasih. click here
Sioloon T-shirt Anniversary menanti anda. Promosi terhangat sekarang hanya 100 helai dikeluarkan CLICK HERE
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1791
Reputation: 3
Number of posts: 1782

PostSubject: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Thu Jan 15, 2009 10:04 pm

Jagaan selepas Mengandung.

Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil?
Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.

Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil?
1. Penyakit Jantung Kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas dilahirkan).
2. Ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang.
3. Masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti komplikasi Praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit Kardiomiopati (kelemahan otot jantung).

Penyakit Jantung Reumatik
Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah. Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isi padu darah dan bebanan kerja yang berlaku semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.

Penyakit Jantung Kongenital
Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.

Prolaps Injap Mitral
Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah:
• Deruan jantung.
• Debaran.
• Rentak jantung yang tidak seragam.


Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil?
Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi kesulitan semasa mengandung.

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan komplikasi. Antaranya:
• Jangkitan.
• Tekanan darah tinggi.

• Kegemukan.
• Kehamilan kembar.
• Anemia (masalah kurang darah).
• Gangguan rentak jantung.
• Hipertiroidisma.


Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.

Penyusuan susu ibu
Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak. Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.

Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat. Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.

Senaman selepas bersalin
Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.

Lelehan dari faraj
Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

Kesakitan
Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit. Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet
Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.

Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.

Gejalanya:
• Terasa sedih dan sugul.
• Kerengsaan dan keletihan.
• Tidak boleh tidur.
• Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.

Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.

Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
yiez patzi
SENIOR
SENIOR


Female
Countries:
Age: 25
location: kota kinabalu
Tag ID:: SFC 04738
Points: 1713
Reputation: 3
Number of posts: 865

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Wed Apr 15, 2009 12:45 pm

cheers i like this information, good for me chantek
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 60
location: Lb. Ft. @$. këtïbæ$
Tag ID:: SFC ziro five three four two
Points: 1768
Reputation: -6
Number of posts: 1055

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Mon Apr 27, 2009 8:51 am

info yg bagus. I like.
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 60
location: Lb. Ft. @$. këtïbæ$
Tag ID:: SFC ziro five three four two
Points: 1768
Reputation: -6
Number of posts: 1055

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Mon Apr 27, 2009 8:53 am

info yg bagus. I like.
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1791
Reputation: 3
Number of posts: 1782

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Tue Apr 28, 2009 12:37 am

sasukey wrote:
info yg bagus. I like.


TQ bro...kita share pa yg ada Very Happy

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 60
location: Lb. Ft. @$. këtïbæ$
Tag ID:: SFC ziro five three four two
Points: 1768
Reputation: -6
Number of posts: 1055

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Wed Apr 29, 2009 8:54 am

bnyak kan minum jamu
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 32
location: kota kinabalu
Tag ID:: SFC 04179
Points: 2036
Reputation: 15
Number of posts: 1136

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Sat May 16, 2009 11:14 am

Very Happy good n4

-Ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin selepas bersalin.

- senanam selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental.

- sentiasa memakai selipar dan stokin agar badan tidak di masuki angin.


_________________
{ SFC 04179 }

Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
MODERATOR


Female
Countries:
Age: 26
location: Kudat
Tag ID:: SFC 03014
Points: 4467
Reputation: 25
Number of posts: 6310

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Sat May 16, 2009 11:48 am

penjagaan2 seperti ni mmg penting...

walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat...

_________________
Photobucket
* Suci * Bermineral * Beroksigen *Kesan Terapi

Hai – O Marketing Sdn Bhd (Sedang diiklan di TV3)
Pengedar :019-8704321/013-5588893
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR


Female
Countries:
Age: 25
location: Selangor
Tag ID:: SFC 05070
Points: 1218
Reputation: 12
Number of posts: 610

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Wed May 27, 2009 11:21 am

otai_queen wrote:
penjagaan2 seperti ni mmg penting...

walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat...


otai_queen dh ada baby ke? What a Face

_________________

S.I.O.L.O.O.N = Friend & Foes
Back to top Go down
areyang@LA
SENIOR
SENIOR


Female
Countries:
Age: 23
location: KePaYaN ridGE '''' TeNoM
Tag ID:: SFC 06134
Points: 1389
Reputation: 10
Number of posts: 767

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Sat Aug 22, 2009 8:05 pm

Info yg sangat penting utk ibu2 yg selepas bersalin..
semestinya ibu yg bersalin harus berpantang..
amalkan cara2 org lama..kerna itu adlh benar... respek
Back to top Go down
laDy_A
REGULAR
REGULAR


Female
Countries:
Age: 24
location: beaufort-keningau-canada-somalia...
Points: 1374
Reputation: 0
Number of posts: 310

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Sat Aug 22, 2009 8:32 pm

ya... amalkn pantang org lama adalh bgus...n makanan yg seimbang... Very Happy
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries:
Age: 21
location: Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID:: SFC02081
Points: 3594
Reputation: 10
Number of posts: 6716

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Sun Sep 20, 2009 4:20 am

uwaa...t pas bni ku beranak mo amalkan la suma ni kan?..nice info!!!!
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
gurl_usman
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 29
location: labuan
Tag ID:: Tag ID : SFC 08199

Points: 1620
Reputation: 1
Number of posts: 1200

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Tue Oct 06, 2009 9:41 am

good info...
up la lg...
ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati...

_________________
Back to top Go down
scHa86
REGULAR
REGULAR


Female
Countries:
Age: 24
location: sandakan-tawau-kunak
Tag ID:: SFC 06033
Points: 934
Reputation: 4
Number of posts: 317

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Tue Nov 03, 2009 1:02 am

gurl_usman wrote:
good info...
up la lg...
ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati...


mksud sis ne... HB tggi la ne kn... more than 15 la g2....kn??

slalu kalu hb yg sgt tggi..d medical paeds site... kitorg buat 'venesection' a.k.a buang drh yg berlebihan dlm bhasa pasar nya... hehe... 2 setakat yg penah sy alami la... hee....

_________________
...LiFe iS ToO sHoRt To bE uNHaPpy... LeT's eNjOY iT...
wHiLe u sTiLL goT tHe bLuEs...


add me oN Facebook , Friendster , Tagged , Yahoo Messenger , Skype....
--> Misz_eMa_Q@yahoo.com
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu sabah
Tag ID:: SFC 03551
Points: 3208
Reputation: 6
Number of posts: 2087

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Mon Dec 14, 2009 11:10 am

anti-koagulan tak pakai ka sis?
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
M!$z D3v!L
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 21
location: kay kay
Tag ID:: SFC 04114
Points: 1471
Reputation: 0
Number of posts: 1284

PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   Tue Dec 22, 2009 9:51 am

owh.........nice info... respek

_________________


Four wheels move the body..
Two wheels move the soul..
Going sideways is a whole different story..
[url][/url]
Back to top Go down
http://www.friendster.com/izoneny
 

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Kesihatan Ibu & Anak-
Post new topic   Reply to topic