HomePortalCalendarFAQSearchRegisterLog in
 

RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
codeng
SIFU MEMBER
SIFU MEMBER


Gender:MaleSagittariusPig
Age : 25
Joined : 11 Nov 2007
Posts : 2386
Countries : http://i268.photobucket.com/albums/jj22/aLFFiaN/malaysia.jpg

PostSubject: RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP   Sat May 03, 2008 1:09 pm

Rakyat Austria perlu ubah sikap






[img(432,288)]http://www.bharian.com.my/Saturday/Dunia/20080502232900/mainpix[/img]
INGIN TAHU: Penduduk dan wartawan tempatan berkumpul di depan rumah Josef Fritzl (gambar kecil) tempat dia mengurung anak perempuannya, Elizabeth selama 24 tahun dan melakukan sumbang mahram sehingga melahirkan tujuh anak.


Gaya hidup tertutup punca kes bapa kurung, perkosa anak 24 tahun tidak diketahui

AUSTRIA: Pembongkaran kes seorang bapa sanggup mengurung anak perempuannya di bilik bawah tanah tanpa tingkap selama 24 tahun dan memperkosanya sehingga melahirkan tujuh anak Khamis lalu, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat di sini.

Ia juga menimbulkan pertanyaan di kalangan penduduk Amstetten mengenai gaya hidup tertutup dan terlalu gemar pada kehidupan persendirian yang mengakibatkan berlakunya kejadian seperti ini.

"Peristiwa ini menunjukkan sistem yang kita amalkan selama ini tidak boleh diguna pakai," kata Wolfgang Bachmayer, seorang pakar runding imej.

"Apa yang diperlukan ialah sebuah masyarakat bertanggungjawab dan sanggup memainkan peranan secara bersama," kata Bachmayer, yang mengetuai Institut Pemasaran Austria.

"Pihak berkuasa boleh melatih anggota mereka untuk memerhati semua tempat dan mengambil tahu apa yang berlaku di dalam sesebuah rumah." katanya.

Polis mendakwa Josef Fritzl mengakui melakukan perbuatan itu ke atas anak perempuannya, Elisabeth – kini 42 tahun – yang dikurung ketika dia berumur 18 tahun, merogol, menjadi bapa kepada tujuh anak dengan Elisabeth dan memasukkan mayat salah seorang bayi Elisabeth ke dalam corong api apabila bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.

Pihak berkuasa menyatakan ujian DNA mengesahkan Fritzl adalah bapa biologikal keenam-enam anak yang masih hidup itu, tiga daripada mereka hidup sebagai anak angkat Fritzl dan isterinya dan mereka membesarkan ketiga-tiganya di tingkat atas.

Tiga lagi anak berada dengan Elisabeth, ditemui di bilik bawah tanah dan tidak pernah melihat cahaya mata hari sehingga usia 19, 18 dan 5 tahun. Akhirnya Sabtu lepas mereka mendapat kebebasan seperti orang lain.

Seorang penduduk, Maria Scheuch berkata beliau yakin sikap masyarakat Austria yang tertutup dan hanya ingin mengambil tahu hal diri sendiri saja, perlu diubah.
"Walaupun kita mendakwa yang kita mesra kanak-kanak, kita harus juga bertanya kepada diri kita sendiri, sejauh manakah kita sanggup melakukan sesuatu," ujarnya.

Di negara ini, keadaan di mana penduduk di sebuah lorong yang sama tidak pernah bertegur antara satu sama lain walaupun bertembung di jalan raya bukan perkara luar biasa. Ia adalah cara kehidupan di Austria.

Selepas kes berkenaan didedahkan, barulah muncul saksi mendakwa mereka ternampak atau terdengar aktiviti pelik berlaku pada kegelapan malam, seperti Fritzl membawa makanan dan minuman yang banyak masuk ke dalam rumahnya menerusi pintu belakang.

Mengapa mereka tidak menghebahkan perkara ini dulu, tanya sebahagian besar rakyat Austria kini. "Kejadian ini boleh berlaku di mana-mana saja tapi kini nama Austria terbabit dan orang akan menyatakan, Austria adalah bumi yang mempunyai penjara di bawah tanah," kata Karin Cwrtila. – AP
Back to top Go down
President MonsterCrew
SENIOR
SENIOR


Gender:MaleTaurusRat
Age : 24
Joined : 26 Feb 2008
Posts : 536
location : KM, SABAH
Countries : http://i268.photobucket.com/albums/jj22/aLFFiaN/malaysia.jpg

PostSubject: Re: RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP   Fri May 16, 2008 9:43 pm

adeh pnya ganazzz bpk dia tu....sngup rogol ank sndiri....
tk layak d gelar sbgai bpa tu....
_________________
glitter-</span><span class=
Back to top Go down
intrax
SIFU MEMBER
SIFU MEMBER


Gender:MaleGeminiCat
Age : 21
Joined : 26 Jul 2008
Posts : 1794
location : CowBoY ToWn-SaNdAkaN-ImBaK CaNyOn
Tag ID: : SFC 03293
Countries : http://i268.photobucket.com/albums/jj22/aLFFiaN/sabah.jpg

PostSubject: Re: RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP   Sun Oct 19, 2008 6:11 pm

ei teruk juga dorang ni .....bapa makan anak...
tak patut perkara seperti ini berlaku..
memang patut lah mereka berubah sikap!
Back to top Go down
Drifter@D5
JUNIOR
JUNIOR


Gender:MaleScorpioDog
Age : 26
Joined : 30 Sep 2008
Posts : 149
location : kuantan phg
Countries : http://i268.photobucket.com/albums/jj22/aLFFiaN/pahang.jpg

PostSubject: Re: RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP   Fri Oct 24, 2008 11:35 am

yup...i agree wif dat
_________________
Back to top Go down
the BLitz
FRESHIE
FRESHIE


Gender:MaleLibraTiger
Age : 22
Joined : 02 Jan 2009
Posts : 16
location : kota belud
Countries : http://i268.photobucket.com/albums/jj22/aLFFiaN/malaysia.jpg

PostSubject: Re: RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP   Wed Jan 07, 2009 10:23 pm

adeh punya teruk...haruan makan anak..bgus tembak jak org mcm ni..tidak pun kasi lepas di kolam taman buaya sana tuaran..hehhe..
Back to top Go down

RAKYAT AUSTRIA PERLU UBAH SIKAP

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Fakta kecoh-