SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.



by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Member yang berminat untuk memiliki Merchandise/Stuff/sticker/t-shirt Sioloon Fun Club boleh TEKAN SINI Contact person deales 0198122156.TQ
Jangan lepaskan peluang berkenalan dengan lebih mudah dan berkesan dengan member sioloon fun club. click di sini
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Ucap 'I love you' setiap hari

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
MODERATOR


Female
Age: 36
location: Sandakan
Points: 2130
Reputation: 3
Number of posts: 2108

16022008
PostUcap 'I love you' setiap hari

Ucap 'I love you' setiap hari


Meraikan ulang tahun perkahwinan yang mencecah usia sedekad pada Hari Kekasih, bagaimanakah pasangan suami isteri, Dr. Ibrahim Ahmad dan Nor Zaina Ghani mengekalkan kehangatan cinta mereka?




HARI Kekasih tahun ini cukup bermakna buat pasangan yang mengasaskan barangan kosmetik jenama Aura Seri iaitu Dr. Ibrahim Ahmad dan isteri, Nor Zaina Ghani atau lebih dikenali sebagai Puan Ira. Mengapa? Hari ini adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
Pengertian cinta buat Ibrahim yang melewati usia 42 tahun ialah bagaimana untuk mantapkan lagi hubungan dengan ahli keluarga, tahap ekonomi dan lebih romantik.
Romantik bagi Ibrahim bukannya merengek-rengek untuk mendapatkan perhatian pasangan, tetapi dengan meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak.
"Ucapan cinta perlu dilafazkan setiap hari. Bangun tidur, tengok wajah isteri, kucup dahinya dan katakan, I love u. Itu memang wajiblah. Melewati usia 40-an, penting juga untuk kekalkan rasa cinta bagi diseimbangkan dengan peningkatan kerjaya.
"Selain itu, perlu ada sentuhan seperti pelukan atau pegang tangannya. Sebabnya, ada masa kita mungkin terlalu sibuk dan tiada mood untuk ucap I love u, jadi sentuhan itu memadai," katanya yang dikurniakan dua orang cahaya mata.
Menurut Ibrahim, tidak sukar untuk mengekalkan kehangatan cinta terhadap pasangan sekiranya kita tahu memisahkan emosi dengan situasi. Selain itu, kalau boleh sentiasa bersama ke mana jua. Pendek kata, macam belangkas.
"Bergaduh kecil-kecil itu biasalah, tetapi alhamdulillah 'frekuensi' saya dan isteri sentiasa selari. Kalau timbul salah faham, saya akan ingat kembali segala perkara baik dan kelebihan yang ada pada isteri," jelasnya.
Perasaan cinta sepatutnya lebih mendalam dengan panjangnya masa sesuatu hubungan itu terjalin. Sebabnya, ketika bercinta setiap orang baru hendak mengenali pasangan masing-masing.
Namun, setelah berkahwin dan mempunyai anak-anak, pasangan sepatutnya lebih mengenali hati budi suami atau isteri.
"Semasa muda, tidak banyak perkara serius yang kita fikirkan. Tidak fikir masalah, kehidupan atau keluarga, selain diri sendiri dan orang yang kita sayang. Tidak ada fokus.
"Sebaik sahaja berkahwin, tumpuan itu berubah untuk mengekalkan hubungan tersebut. Kita akan mula berfikir tentang masa depan keluarga dan anak-anak. Memang kadangkala kita mungkin terlepas pandang, sebab itulah pentingnya mencipta cinta.
"Saya mahukan kesetiaan dan perhatian. Saya juga berpendapat kita perlu mencipta dan mencari cinta kerana jika dibiarkan begitu sahaja, tidak mustahil cinta boleh hilang," kata Ira, 31, bersungguh-sungguh.
Sesuatu yang bersifat dalaman dan tidak boleh dibuat-buat, perasaan cinta yang ada dalam diri mesti ikhlas. Ia tidak sesukar mana jika seseorang itu mahukan, begitulah sebaliknya.
Cuma masalahnya kebanyakan orang ialah mereka malu untuk meluahkan rasa cinta terhadap pasangan.
"Hendak ucapkan I love u pun malu, sedangkan sudah menjadi suami isteri. Mereka beranggapan, tidak payah susah-susah nak cakap sayang atau sebagainya, panggil I dan U pun dah cukup. Percaya atau tidak, panggilan itu memainkan peranan.
"Cara orang lelaki dan perempuan mengekspresi cinta berbeza. Lelaki mungkin jarang menunjukkan rasa cinta secara terlalu terbuka, mereka ada ego. Perempuan pula tidak kisah untuk menunjukkan perasaan cinta mereka kepada pasangan. Bagi saya, cinta mesti ditonjolkan. Bagaimana caranya, bergantung kepada kreativiti individu," katanya lagi.
Berkahwin pada usia 20 tahun, Ira mengakui bahawa dia berpuas hati dan bersyukur dengan perkahwinannya sekarang. Biarpun pada peringkat awalnya agak ragu-ragu untuk berkahwin dengan lelaki yang 11 tahun lebih tua daripadanya.
Buat pasangan yang masih baru dalam dunia perkahwinan, ada pesan daripada pasangan ini.
"Tengok semua perkara dari aspek positif, rasional dan bersifat terbuka. Kekalkan keintiman sebaik mungkin. Mereka juga perlu berusaha untuk memantapkan ekonomi keluarga kerana boleh menjadi punca utama kepada keretakan hubungan rumah tangga.
"Lagi pun, cinta perlukan jaminan kerana ia satu perasaan yang pasti. Jadi, saya mahu membina sesuatu yang dapat dikenang oleh isteri sepanjang hayatnya," kata Ibrahim menutup bicara. - AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

_________________
PRODUK DCL,BIDADARI, RED GUARA CAFE INGIN MENJADI AHLI DCL EMEL/YM : rynjeff74@yahoo. com
http://sandakan-dcl.all-up.com/rynjeff
http://jeffrynfamily.blogspot.com
http://www.ayujelita.com
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

Ucap 'I love you' setiap hari :: Comments

Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 17/2/2008, 6:51 pm by mimie1010
Uiiiyoooo best nye couple ni. loving kan. Untung ohh.
Bah kak,ucap la i luv u setiap hari pada husband kak... Wink
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 17/2/2008, 7:17 pm by rynjeff
Yup Mimie, kakak akan cuba ucapkan I Love U setiap hari kepada husband kakak I love you . Mimie pun Ucapkanlah I Love U setiap hari kepada si dia tersayang I love you I love you I love you
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 17/2/2008, 9:23 pm by aLFFiaN
huhuhuhu.. bertuahnya abg jeff kita dapat seoarng isteri yg romantik... dance
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 18/2/2008, 10:44 am by mimie1010
Ma kacih kak...Mudah2an ada la yg ucapkan pd mimie tiap hari.. pale

Ya mmg btuah la abg jeff tu dpt kak ryn. Very open,loving,romantik lg.. respek
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 18/2/2008, 10:47 am by rynjeff
Thanks mimie malu
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 18/2/2008, 2:13 pm by Baby Princess
Dr Ibrahim ahmad ni romantiknya..

patut la bini dia sayang..

bertuah la klu dpt husband romantik n caring..

but i think,saying I love you its not enough right...?

Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 22/2/2008, 9:07 am by sakura
hemm...masa bercinta dulu selalulah ucap i love u..
skrg nie...hemmm.........bila kita ckp dgn dia..dia kata kita...?????
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 23/2/2008, 12:45 am by aLFFiaN
Baby Princess wrote:
Dr Ibrahim ahmad ni romantiknya..

patut la bini dia sayang..

bertuah la klu dpt husband romantik n caring..

but i think,saying I love you its not enough right...?



so kalu nak ucapkan "i love u" enda cukup... apa lagi resepi tambahan? hehehe
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/2/2008, 3:57 pm by Princess_Cutie01
saya lum ada kekasih..
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/2/2008, 8:22 pm by Baby Princess
aLFFiaN wrote:
Baby Princess wrote:
Dr Ibrahim ahmad ni romantiknya..

patut la bini dia sayang..

bertuah la klu dpt husband romantik n caring..

but i think,saying I love you its not enough right...?



so kalu nak ucapkan "i love u" enda cukup... apa lagi resepi tambahan? hehehe


haha..

ntah la..tanya org berpengalaman la..

hehe.. What a Face
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/2/2008, 11:17 pm by ur_pleasure_man_sg
tiap se-se orang ada perbezaan arti "I luv u"...
Ada yang "lips service" je...
ada yang hanya kata bila betul di hati dan perbuatan


yang penting.. pasangnya tahu , rasa dan sama "i luv u"

Hi Cutie01.. tak be foyfren ke tengah next change...
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 12/3/2008, 8:18 pm by Satria Neo84
Klu bleh.....ucap je 'i luv u" tiap2 ari........pasti pasangan anda rasa d cintai....tp biar ikhlas la ucapan anda 2....... malu
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 12/4/2008, 12:49 am by eleanor
ini petua betul nie.... setiap hari aku ucap i love u pada kereta aku.... korang tgk la... kete aku jaga aku dgn baik....
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 23/10/2009, 11:40 am by nissya
ucap I LOVE U setiap hari pada yg tersayang dgn penuh kasih sayang.....
tp kna ikhlas..dn klu blh ps ucap i luv u tu bg laa kis kat sidia.....hehehe
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 23/10/2009, 11:43 am by beck.outlawz (Online)
i love u i love u i love u...hahaha
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 23/10/2009, 11:45 am by lily luv
beck.outlawz wrote:
i love u i love u i love u...hahaha

i love u too, i love u too, ilove u too... ekekekeke
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/10/2009, 10:06 am by baby_puteranaga2
huhu thank 4 the info sis...
so kenlah say 'i love u' after this 4 my beloved ones..
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/10/2009, 10:10 am by ProjectD
hari2 pun say `i love you` sma sum 1.... Smile
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 24/10/2009, 10:18 am by dzeta88
i lov... who? tada ma... i luv u jak la.. tuk suma.. luv u all
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 26/10/2009, 11:06 am by babyiemori69
~3 perkataan ini bole membuatkan seseorang itu gembira dan 3 perkataan ini juga bole membuatkan seseorang itu sedih dan hiba~ so far 3 perkataan ini mebahagiakan aku~
Re: Ucap 'I love you' setiap hari
Post on 26/10/2009, 11:11 am by nan_1279
Klau masa masi dating2 lg leh lah,tp tengok klau dah kahwin... korang tau lah macam mana......he..he...he...rasa lain mcmlah...mau ketawa pun ada wo....
 

Ucap 'I love you' setiap hari

View previous topic View next topic Back to top 

Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Cinta-
Post new topic   Reply to topic